About Me

My Photo
Kegagalan yang paling nyata adalah kegagalan untuk mencuba..

:: MY YAHOO ::

Sponsored Link

Sports & Recreation

Jumlah Skodeng

:: Jom Sembang ::

:: Tanya Saya ::

Blog Archive

:: Happy Meter ::

dakkampung Ads

Surat Layang Buat Encik Boss

Salam..

Hihi..gempak tak tajuk n3 aku ni? bese la tgh busan nih. tetiba lak terasa nk smpaikan something tuk boss 'tersayang' aku ni. sumpah ni n3 mengumpat. klo korang tak nak terlibat baik korang blah skg. jgn ckp aku tak nasihat plk ye. =)
# Tolong jangan tamak boleh tak?

Pantang org offer pojek je terus nk smbar. tapi tak sedar kekuatan company tu cmne. korang bayangkan la cmpany tu just ada 3 developer nk develop mcm2 dalam masa yg sangat singkat. gilo org tua ni..
# Tolong jangan kedekut
Ni penyakit utama dia. dari dulu lg sangat berkira dari segi nk naikkan gaji pekerja, nk bg benefit, nk bg bonus n macam2 la. skg ni company bru je dpt payment juta2.tapi still tak nak hire pkerja ramai. invest la sket tuk train new worker. pfftt
# Pandai2 la amek hati staff ye
Boss sgt takut klo staff die nk benti. apa taknya. dia bukannya ada ramai staff lain. klo sorg benti, sapa nk cover kje yg org tu dah develop?haha geli hati aku. sape suh tak nk hire ramai2 ooii..nk cebur bidang it ni memang tu la cabarannya. company lain bnyk lg nk byr tinggi2 klo ko tak mampu.
# Lebihkan motivasi please
Membebel tak selesaikan masalah. meeting yg efision korg tau tak cmne?diskus poblem,then capai solution. no point la klo meeting lama2 tp point die sbb nk lepas geram, marah,membebel smpai takde pnyelesaian. pastu keje nk suh siap. kemon la. dah leter smpai mgrib tak kan nk suh kami smbung keje smpai mlm kot.klo ade claim ot takpe la jgk.
# tak goyang la ngn kontrak lu
Korg tau tak, skg ni company dah develop ios.ala apps yg ade dlm iphone/ipad tu. so dlu awal2 lg aku dah warning bos.aku ckp org yg reti ios ni market tinggi. company luar bnyk nk bayar gaji tinggi2. so korang tau apa bos buat. dia paksa kitorg pkai iphone n bayar guna duit company dlu. then bulan2 tolak dari gaji sket2. spnjang kontrak tu staff tak bleh benti kje. pfft! tu kontrak leh pkai ke ha? g court pon tak lepas..kih3
 # berubah la..
Aku sbenarnya dah 2kali kena tahan dari benti kje. yg lepas aku leh consider la sbb aku nk blaja ios tu dlu smpai pandai n kesian jgk kt bos aku ni nk cari developer baru. tapi smpai bila kan kita nk kesian kt dia walhal dia pon tak kesian kt kte. aku ada ckp dlu klo kali ke 3 aku anta surat resign, then tak yah la nk pujuk dah. tu muktamad.

Aku rasa bos ni tak belaja dari yg lepas2. dia selalu tnye apa yg tak puas hati pasal company n aku dah story sume kt dia. tp nmpaknya takde tindakan pon. lantak dia la. jgn ckp aku tak penah remind dia plk.

Sekian.. 

Pembaziran PRU


Salam..

Agak lama tak menulis.sorie la ye.mood blogging berkurang sjk 2 menjak ni.hehe ok la ye.meh kita teruskan ke story yg aku nk gtau rini.

Aku terpanggil tuk story kt korg pasal 1 mendalah ni. padahal ngah bosan Korg sedia maklum kan setiap kali nk ngundi mest ada je kerajaan support sane sini. lulus peruntukan macam2 la. janji buat itu buat ini. ni bkn kerajaan shj,pembangkang pon sama ye. *sorie la klo n3 ni berbau politik

Itu sume yg terzahir kt media, ade bnyak lg yg korg xtau.contohnya dlm bidang it ni.maklumlah aku ni kje dlm bidang it so tau la sket2 apa yg org politik ni duk buat.

Korang nk tau? meh kita ngumpat..hehe sebenarnya bnyk sistem yg tengah develop skg ni. Sume tu semata2 tuk kepentingan parti or spr tu sndiri. Maybe korg tak nmpak lg sistem apa yg ada. Contoh 1, sistem dimana org yg jaga tempat mengundi nnt boleh sms shj ke ibu pjabat berapa bilangan yg keluar mengundi dan jgk result parti mana yg menang. Sume data ni akan autodisplay kt scoreboard dimana tan sri or sume org atasan boleh monitor dgn mudah. Klo dari segi sistemnya maybe bleh bg kesenangan tuk org spr monitor brp ramai dah yg keluar mengundi. Tapi yg tersiratnya bayangkan jam 5.30 tu dah display kt scoreboard yg pembangkang menang, sure2 la org gomen leh taruk benteng polis kt putrajaya awal2 and buat persiapan tuk cabut. Tu pon klo nk serahkan kerajaan kt pembangkang la.

Next sistem GIS or Geographic Information System yg mana ni bnyak kpd nk check pengundi tu duk mne,tempat mengundi die kt mne n sebagainya. Ala mcm guna gugel map. Just masukkan ic then terus keluar peta smpai ke rumah anda. so awas la sapa yg tak keluar mengundi tu ye.

Next sistem berkonsepkan canggih sket. Tuk pengguna iphone/ipad. Pengguna ni besenya calon yg akan bertanding nnt la. Sistem ni cuma paparkan data keputusan pru lepas je. So nnt calon tmpat berkenaan leh la buat kajian n pikirkan strategi yg btul tuk pancing undi. Contoh klo kt tempat tu bnyak india so calon tu kena la pikir strategi yg boleh buat penduduk suka kt dia. Sistem ni jgk ada paparkan apa isu panas yg pernah terjadi. Contoh penduduk tak nak kilang dimajukan or sebagainya. Ni sume boleh dijadikan rujukan utk calon or jentera memikirkan strategi mereka.

Next sistem canggih jgk. Pernah guna foursquare?haa konsep camtu la. Tapi ni lebih kpd aktiviti kempen yg dorg lakukan. Contoh mudah ialah ceramah. Bila setiap kali mereka buat ceramah, pengguna boleh upload ceramah, lokasi, detail dan terus ke server mereka dan wajiblah share kt fb or twitter kan.

Sebenarnya ada banyak lg sistem yg lebih kpd analisis pru lepas2.sume ni berkonsepkan webtool. Cuma skg ni ramai pengguna smartphone so sistem yg dah sedia ada pon kena duplicate masuk ke smartphone. Agak2 korang la bape kos utk 1 sistem? 1k?10k? haha jgn buat lawak la. Sistem ciput pon mau cecah 80k. Ni sistem highly p&c kot. Senang2 je aku sebar kt sume org. Mati la klo kena tangkap. Korang nk tau mne aku dpt sumber? As i said b4, aku keje buat sistem kot. Tapi tak sume sistem ni aku buat ye.

Aku pon tak paham sebenarnya. Kalah menang adat la tu. Tak yah la nk membazir sangat. Yang pening kepala ni kitorang la nk kena buat sistem tuk dorg. Gunanya hanya skali tuk 4 tahun. Membazir tak? Buat sistem mahal2 pastu nnt terbiar. Bila nk pru lg, buat sistem baru lg. Maklum la, sistem dlu kerajaan lain buat, skg dah kerajaan lain. *incase kerajaan bertukar la..hehe

Ok la korang, nk kuar plk. Weekend mne leh lepak umah beb. Jom dating kt hot air ballon. ngee~ =D

Masalah...

Salam...

Agak normal la jika saban hari kita berdepan dgn masalah.kan?bak kata org otai tua2, klo hidup takde masalah tak best.sume tu la yg mendewasakan kita dan mematangkan kita.tapi klo da selalu dpt masalah,tp lngsung tak blaja pape darinya memang bemasalah la tu.haha

Setiap org ade cara tersendiri utk selesaikan masalah masing2.dan setiap org juga ade limit mereka tersendiri utk hadapi masalah tersebut.Ada org kena leter 2-3 jam dgn bos pon masih mmpu betahan.ada org bru kena leter setengah jam dah benti keje.see! setiap org ade tahap kekuatan diri masing2.

So klo ada kawan2 anda mengadu ade masalah,jgn samakan diri mereka dgn anda.kerana setiap org ade komitmen dan daya tahan yg berbeza.kerna Allah itu menjadikan manusia punya sifat yg berbeza2 dan sangat unik. Anda mungkin tak tahu masalah sebenar disebalik masalah kwn anda itu.so jgn cpt2 buat tafsiran tersendiri.

Contoh ea, klo anda ajk kwn anda bjalan dan die ckp tak boleh,kurang mmpu.jgn anda terus bambu die ckp mcm2.mungkin anda tau dari segi gaji die mcm mampu,tp anda tak tahu tanggungan yg die tgh hadapi skg.mungkin die sdg menyara keluarga di kg,bru service kete,ade masalah2 lain lg.

Sebenarnya aku pon tak tahu point ape aku nk merapu ni.tp korang paham kan.JANGAN PERNAH SAMAKAN DIRI ANDA SEPERTI ORG LAIN. sbb setiap org perangainya berbeza.

Sekian dulu.adios..hehe

Ukur baju dibadan sendiri...

Salam...

Agak lama tak jenguk blog aku ni.dah tak reti nk menulis cmne.haha Hari ni aku nk story pasal satu perkara ni.mesti sume org suka.NIKAH! ye sape yg tak nak nikah kan?sume org nk.

Alhamdulillah seronok bila tgk kwn2 dah nikah.invitation event kt fb tu pon belambak dah.kdang2 smpai tertukar tarikh.hehe

Aku?hehe erm,sape yg tak nk nikah jang oi!cuma blom mampu je lg.ni bkn dlm drama tv.nk nikah je mak bapak support.mak bapak kaya raya.*maap la ye klo ade yg kt cni skg nikah mak bapak sponser. tapi alhamdulillah klo kamu nikah mak bapak kamu mmpu tlg kamu.

Aku pon teringin sangat mcm tu.tapi nk wt cmne.aku sedar sume benda yg aku nk aku kena usaha sendiri.dan aku yakin setiap niat yg baik Allah pasti tlg.cuma kita jgn pernah nk berputus asa dengan-Nya.

Seronok kan nikah muda.*sindrom cite vanilla coklet! hehe tp kita kena ingat.jgn pernah bersungut dlm sesuatu perkara.jika kita rse kita susah,ramai lg yg lg susah diluar sana. cuba tgk kt masjid jamek sane,ramai hamba Allah yg masih menagih simpati untuk sesuap nasi.masih tiada tempat tinggal.bersyukur la kamu dlm setiap perkara..=)

Ok lah,meh kita sama2 layan video ni lak.harap sume terhibur.



***to Noor Azuween,never give up on me k..=)

Salam Maulidur Rasul



Dalam kita sibuk menjalani kehidupan seharian, mari lah kita luangkan masa sedikit untuk mengenali kekasih Allah iaitu junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Jika selama ini kita mengabaikan atau buat tak tau tentang sambutan kelahiran baginda, ayuh la kita rebut peluang pada tahun ini untuk sama2 mengenang kembali jasa dan pengorbanan baginda kpd seluruh umat manusia.

Sememangnya Al-Quran dan sunnah itu merupakan peninggalan Rasullullah S.A.W. Jika kita cintakan baginda,sudah tentu kita akan mengamalkan sunnahnya.

Ketika akhir hayat baginda,beliau masih merisaukan keadaan umatnya. Subhanallah. Betapa ambil beratnya beliau terhadap umatnya. Mampukah kita mencintai Rasulullah sebagaimana nabi mencintai kita? pesan baginda, "Peliharalah solat dan santuni orang2 lemah diantaramu.."

Ya Allah.Kau lindungilah aku dan tetapkanlah imanku.Jadikalah aku dikalangan org2 yg bertaqwa.Aminn




Halal ke keje kita?..

Salam...

Dalam zaman yg serba-serbi memerlukan duit skg ni,kje memang la tersangat penting buat kte sume. Aku sgt bersyukur aku mempunyai keje yg ok.boleh la menanggung kehidupan seharian. Alhamdulillah.

Dulu zaman kecik2, mak bapak kte,sedara-mara kte selalu berpesan, "Awang,nnt da besar kje leklok.cari rezeki yg halal.jgn mencurik.jgn buat yg bukan2.jgn makan duit haram..". Tapi kte ingat tak pesan ni tuan2..

Kita slalu menganggap rezeki haram tu datangnya dari sumber yg haram.keje pub haram.kje kt lorong2 haram.mkn suap haram.Yes tu sume memang terang dan nyata haram. Dan kita sbg muslim memang tak boleh mendekati perkara2 haram.

Cuma yg aku nk cite dlm n3 kali ni ialah bilamana kje yg halal boleh jd haram klo anda tak betul2 melaksanakan kje anda itu. Ok la. Meh kte review contoh2 di bawah.

Bayangkan gaji bersih anda RM2000 la ek dan ofis hour anda stat kul 8-5. Pukul 8pagi anda pegi keje. Kebetulan wife anda pregnant or takde transport tuk pegi keje and anda kje lebih kurang tempat yg tak jauh jaraknya dari wife anda. Wife anda masuk kje kul 10, so anda pon blk ke rumah tuk anta wife anda pegi kje. Sebenarnya kt sini,berapa bnyak masa keje anda yg anda curik. Maybe anda ingat ni lawak.tp situasi ni bnyak terjadi kt sektor2 kerajaan skg yg mne husband blk skjap tuk hantar wife die pegi keje.

Then kte tgk pula mse kje kte. Klo betul ofis hour kte stat pukul 8,kenapa kte masih masuk lambat? Fine la klo kte ckp kte masuk lambat tapi kte ganti blk after ofis hour.kte pon blk lambat jgk. Sebenarnya tak boleh. Kte da janji mse sekian2 adalah mse kje kte. Jika 10 minit kte lambat,bayangkan daripada gaji kte RM2000 td kt celah mne duduknya nilai 10minit tu. duit tu la yg kte bagi anak bini kte makan.

Sebenarnya ade je lg contoh lain spt tipu claim,guna harta ofis tanpa kebenaran atau utk peribadi. tapi kebanyakannya melibatkan mase lah.jaga mase kje anda betul2.dan jgn menipu.

Bayangkan la tuan2.hidup ni hanya sekali. dan kita sentiasa mengejar mendapatkan keredhaanNya..semoga kita sentiasa dirahmatiNya..aminn =)

Bajet Tunang dan Hantaran

Salam...

Saya percaya anda semua yg sedang merancang untuk bertunang sedang sibuk googling tuk mencari idea barang apa yg perlu dan berapa bajet yg sesuai tuk mjlis pertunangan.kan? saya pon sama.so, tuk memudahkan saya sendiri tanpa perlu googling lg,sy simpan terus apa yg sy jumpa dlm n3 ni.

Ok pertamanya saya nk listkan barang2 hantaran bg pihak perempuan.
  1. Sirih junjung
  2. Baju melayu/baju kemeja/baju/t-shirt
  3. Tali pinggang & wallet
  4. Kain songket/kain pelikat
  5. Sejadah
  6. Tuala
  7. Kuih-muih/pulut kuning/bahulu/puding dll
  8. Coklat
  9. Kek
  10. Potpourri
  11. Buah-buahan
Ini pula list tuk pihak lelaki.
  1. Cincin tunang
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan/baju yg dah siap
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat/manisan lain
  8. Kuih-muih/puding dll
Macam mane?anda juga kena ingat,biasanya hantaran diberi mengikut nombor ganjil dan pihak perempuan kena lebih 2 dulang drp pihak laki.untuk tunang biasanya bilangan yg dipilih adalah 5-7(lelaki 5dulang dan perempuan 7dulang).

Cincin tunang juga anda kena ambil tahu mengikut adat tempat masing2.ada sesetengah negeri menerima 2 cincin iaitu cincin tunang dan juga cincin merisik.

Menyentuh mengenai bajet,rasanya tak perlu la bajet mahal2 sangat.sbb ni tunang je pon.klo bg pihak laki tu 1,500 pon da ckup nk buat modal pertunangan.

Untuk pihak perempuan tu kena lebih sket la kot.kena sediakan juadah tuk tetamu dan juga pelamin bertunang.pape pon kena la berbincang dgn pasangan masing2 tuk mendapatkan bajet yg sesuai ngn korg.

Hope pasni kita dapat la gambaran ye ape brg nk kasi kt pasangan masing2..=)

Salam Maal Hijrah 1433H


Salam...

Setapak lagi kita melangkah ke tahun baru dlm kalendar Islam
sama2 la kita tingkatkan azam
perbaharui niat
dan tambahkan amalan
dalam mengejar keredhaan-Nya..
moga hari2 mendatang
lebih bermakna buat kita semua
aminnn...=)

Sila Klik!!

:: Detikku ::


Free Blog Content

Followers

Be My Partner

Mangga Friends

:: Pelawat Saya ::

:: MY PET ::

:: SELAMATKAN GAZA ::

banner 180×341

:: PELAWAT ::

Pelawatku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails